Prinsip Islam Hadhari
10 prinsip:
- Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
- Kerajaan adil dan beramanah
- Rakyat berjiwa merdeka
- Penguasaan ilmu pengetahuan
- Pembangunan ekonimi seimbang dan komprehensif
- Kehidupan berkualiti
- Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
- Keutuhah budaya dan moral
- Pelihara alam semula jadi
- Kekuatan pertahanan
Buku Islam Hadhari

Buku yang dicetak khas untuk rujukan perlaksanaan Islam Hadhari ialah buku yang diberi nama
'ISLAM HADHARI DALAM PEMBANGUNAN INSAN' (Asas kepada Perlaksanaan Islam Hadhari Di Malaysia).
Buku ini diterjemahkan oleh Muhammad Ramzi bin Omar. Buku asalnya ditulis oleh Dr. Muhammad Said Ramadhan al Buti yang bertajuk 'Manhaj al Hadharatul Insanian Fi Al Quran'.
Buku ini diletakkan di bawah projek khas YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
'ISLAM HADHARI DALAM PEMBANGUNAN INSAN' (Asas kepada Perlaksanaan Islam Hadhari Di Malaysia).
Buku ini diterjemahkan oleh Muhammad Ramzi bin Omar. Buku asalnya ditulis oleh Dr. Muhammad Said Ramadhan al Buti yang bertajuk 'Manhaj al Hadharatul Insanian Fi Al Quran'.
Buku ini diletakkan di bawah projek khas YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
Islam masih terpelihara
Syaitan dan sekutunya akan mendatangkan was-was (keraguan) terhadap agama sehinggalah hari kiamat. Hal ini dinyatakan Allah dalam surah An-nas. Manusia akan mula berhadapan dengan keraguan dan konflik untuk menghadapi masalah dunia hari ini.
Apakah perbezaan antara Islam dengan Islam Hadari
Islam memberi beberapa pengertian seperti
- selamat
Hadhari bererti tamadun
Apabila digabungkan mungkin menjadi Islam bertamadun?
Apakah Islam Hadhari Sebenarnya?
Mengapa ada pihak yang mempertikaikan nama 'Islam Hadhari'? Perlukah digandingkan Islam dengan lain-lain istilah? Wajarkah Islam dikahwinkan dengan lain-lain pendekatan, fahaman (ism)dan lain-lain. Dalam dunia ini terdapat beberapa istilah yang popular digunakan seperti 'Islam Liberal' dan 'Islam Sosialis'.
Apakah persamaan dan berbezaannya 'Islam hadhari' dan 'Hadharah Islam'? Apakah semakin ramai yang faham atau semakin mengelirukan? Persoalan-persoalan ini akan terus berlegar dikalangan umat Islam. Masih ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak kurang pula yang mencari jawapan.
6 comments:
rukun Islam yang 5 pun ramai yang kantoi! inikan lak nak tambah lg 10 rukun.. huhuhuh...
Takkan nak samakan Islam Hadhari dengan Islam. Islam Hadhari hanyalah satu program manakala Islam ialah Ad-Din. Kalau di sekolah kita ada program mentor, kempen membaca, bulan bahasa, dan sebagainya. Program sekolah tak sama dengan sekolah.
saya lihat kempen Islam Hadahari ni tak berkesan dalam semua sektor....sedangkan penekanan penghayatan islam sendiri tidak tercapai...saya juga tidak bersetuju sekiranya diadakan konsert artis2 semasa perkampungan Islam Hadahari...saya berpendapat penghayatan Islam sendiri perlu disemai dalam jiwa pemimpin kita sekarang....jangan tinggal sembahyang..jauhkkan arak..pergaulan bebas dan lain2 lagi yang perlu dibetulkan....begitu juga ustazah-ustazah moden zaman sekarang termasuk ustazah2 yang ada di JAKIm..ramai yang memakai tudung tidak ikut syrak...tudung pendek...nampak dada...tudung jarang...baju ketat..dan sebagainya...menutup aurat bukanlah sekadar menutup kepala tetapi tutup semua badan kecuali tangan dan muka....selamat beramal
Erm,nie pasal dasar pendidikan...sye tengok sekolah x dapt mengawal para pelajar...saye selaku bekas peminpin pelajar melihat terutamanya di sarawak,ramai para pelajar mempunyai tatu dibadan....kalau boleh saye ingin pihak kerajaan mengubal satu undang-undang baru yang menghalang para pelajar bertatu....Terima kasih.
salam semua...
islam hadari bukanlah rukun...ia adalah prinsip dan konsep...itu yg ramai org x faham dan TAK MAHU FAHAM!!!..inilah mentaliti org kita...main terus telan apa org nk bg...tak kaji dulu baik buruk...
nama islam hadari tu mmg mengelirukan...if u don't like the name...just ignore it!!!but look into what it is all about!!!!
masalah sosial kalangan budak sekolah & pelajar Universiti juga terlibat dalam seks bebas..aduh,rosak nya ahklak belia kite skrang..malahan perempuan lebih dahsyat nye dari lelaki...yg lelaki on je lah..saye harap,ibu bapa harus peka akan aktiviti anak mereka,pergaulan anak mereka,terutama nya dalam percintaan mereka...saye cume seorang guru yg hanya dapat berkongsikan bersame agar kita x terjebak...
Post a Comment