Tuesday, March 17, 2009

Dasar Sosial Negara

Objektif Umum :

  • Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat diberi peluang bemutu untuk terus memperkembang potensi diri secara optimum

Objektif Khusus

  1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
  2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
  3. Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
  4. Menjana senergi multisektor

Wednesday, March 11, 2009

Dasar Perbandaran Negara

Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar.

Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan.

Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara