Thursday, February 26, 2009

Dasar Jaminan Makanan Negara 2007

Wujud setelah berlaku krisis makanan 2006-2007. Simpanan beras negara hanya boleh bertahan beberapa bulan sahaja sedang musim menuai lambat lagi. Harga beras dipasaran melambung tinggi. Tempoh diberi dua tahun setengah untuk negara mencapai dasar makanan yang mencukupi

Dasar ini dibincangkan sekali lagi di dalam rancangan dialog terbitan RTM dengan bersemukan dengan Meteri Pertanaian Malaysia kini Dato Mustafa Muhammad . Beliau menyatakan dasar sebelum ini tidak manambahkan kawasan tanaman padi kerana lebih banyak padi ditanam lebih banyak subsidi terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan.

Matlamat
  • Mengecilkan jurang import dan eksport makanan
  • Membangunkan teknologi dan aplikasi seperti padi hibrid
  • Mengurus dan membangunkan tanah terbiar secara bersepadu dengan tanaman yang ada nilai pasaran
  • Menjadikan FAMA lebih berperanan
  • Menambah pendapatan petani, penternak dan nelayan

Wednesday, February 18, 2009

Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992)

Di antara perkara-perkara yang diberi penekanan ialah:

  • Pengisytiharaan Hutan Simpanan Kekal
  • Perundangan Hutan
  • Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
  • Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan

Tuesday, February 03, 2009

Dasar Filem Negara

Dasar ini telah disebut oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak ketika merasmikan Studio digital FINAS Ulu Kelang pada 2 Feb 2009


  • menjana kemajuan industri filem ke persada dunia secara berterusan melaksanakan pelbagai program pembangunan industri termasuk menyediakan pembiayaan modal, skim latihan, promosi dan pemasaran, penyelidikan serta pembangunan
  • mengurangkan kebergantungan penerbit filem kita untuk melakukan kerja-kerja pasca produksi di luar negara
  • merancakkan lagi penerbitan filem tempatan yang berkualiti selain mampu menjimatkan kos penerbitan sesebuah filem.
  • memastikan keperluan dan kehendak teknologi dan daya kreativiti dalam dipenuhi sejajar dengan perubahan masa
  • membawa industri seni kreatif negara, terutama pencapaian industri filem Malaysia ke tahap lebih berjaya dan cemerlang di dalam dan luar negara.
  • mensasarkan Malaysia sebagai destinasi perfileman yang baik, yang memiliki kepelbagaian lokasi yang sesuai untuk pelbagai bentuk filem
  • memantapkan penghasilan filem-filem tempatan, tetapi lebih dari itu ia kini berupaya untuk meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi ‘post production’ terbaik di rantau ini

- Saya tidak sempat mencatatkan butirannya. InsyaAllah saya akan cuba mendapatkan segera

elcom98@hotmail.com