Friday, November 18, 2005

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Objektif
  1. Untuk membentuk , mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik
  2. Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebuadayaan

Prinsip utama

  1. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama
  2. Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukkan kebudayaan kebangsaan
  3. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan

Strategi

  1. Meninggikan taraf dan mutu kesenian
  2. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya
  3. Memenuhi kepeluan sosiobudaya negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk
  4. Mengamalkan toleransi agama dan budaya
  5. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasiolisme Malaysia

--------------------------------------------------

Cabaran

Kementerian Kebudayaan dan Warisan dalam lamannya mengakui kerumitan dan kesukaran melaksanaakan dan menjayakan dasar ini. Setelah lebih 50 tahun kita merdeka kita masih belum dapat melihat satu bentuk kebudayaan Malaysian yang baru. Setiap kaum dan ethnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah 'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.

DKK sukar dicapai akibat kerana penduduk dewasa ini kebanyakan mementingkan diri sendiri dan kaum masing-masing - Dr. Tan Chee Beng, Pensyarah Jabatan Pengajian Tionghua, UM.

Kejayaan Dasar ini dikatakan banyak bergantun kepada peruntukan kewangan, kepakaran dan kecekapan pengurusan dalam mengendali dan melaksanakannya - Yusof Ismail, UIA.

5 comments:

soul that said...

terima kasih atas nota ringkas ini untuk peperiksaan akan datang!

iR.Hamtaro said...

not detail enough..please repost

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam....trimas kerana buat blog ini.cuma saya memerlukan lebih banyak maklumat tentang dasar kebudayaan negara kita ini.klau blh bg link or something else it will be great 4 me.(kn bt assg la)hehehe

nunui Joe said...

terima kaseh atas post ini...
sedikit sebanyak dapat mbantu sy meyiapkan tugasan yg d beri..:)