Thursday, February 25, 2010

Satu Malaysia

Konsep atau Falsafah Satu Malaysia......Satu Negara untuk semua warganegara Malaysia...

Satu Malaysia dan Model Ekonomi Baru/Model Baru Ekonomi adalah dua teras penting dalam program tranformasi negara yang diperkenalkan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak .

Satu Malaysia adalah pra syarat untuk mencapai wawasan negara Maju menjelang 2020. Falsafah ini adalah hasrat murni untuk melihat Malaysia berada dalam keadaan stabil dan kukuh. Setiap kaum saling menerima antara satu sama lain dan dapat hidup bersama sebagai rakyat satu negara.
.......................................

Saya mohon maaf kerana tidak memberi sebarang huraian mengenai 'Satu Malaysia'. Anda boleh merujuk kepada Blog 'Satu Malaysia' DSI Najib Tun Razak .

Khairi.

Model Baru Ekonomi (MBE)

Sesuatu yang dinantikan dan diharap untuk menjana ekonomi ke arah yang lebih gemilang ....

  • Bakal diumumkan 30 Mac 2010
  • Sesuatu yang akan menggantikan Dasar Ekonomi Nasiaonal
  • Dikatakan untuk semua kaum tetapi tidak mengabaikan orang Melayu
  • Najib mengatakan pihak swasta sebagai enjin menggerakkan MBE.
  • MBE dikatakan akan menarik dan meyakinkan para pelabur.

Sunday, June 14, 2009

Pelan Integriti Nasional

Lima sasaran
  • Memerangi gejala rasuah
  • Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi
  • Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat
  • Memantapkan institusi keluarga dan komuniti dan
  • Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

Friday, May 29, 2009

Dasar Biodiversiti Negara

Maklumat sedang dicari .....

Dasar Sukan Negara

Maklumat Sedang dicari

Dasar Alam Sekitar Negara

Maklumat sedang dicari .....

Tuesday, March 17, 2009

Dasar Sosial Negara

Objektif Umum :

  • Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat diberi peluang bemutu untuk terus memperkembang potensi diri secara optimum

Objektif Khusus

  1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
  2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
  3. Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
  4. Menjana senergi multisektor

Wednesday, March 11, 2009

Dasar Perbandaran Negara

Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar.

Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan.

Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara

Thursday, February 26, 2009

Dasar Jaminan Makanan Negara 2007

Wujud setelah berlaku krisis makanan 2006-2007. Simpanan beras negara hanya boleh bertahan beberapa bulan sahaja sedang musim menuai lambat lagi. Harga beras dipasaran melambung tinggi. Tempoh diberi dua tahun setengah untuk negara mencapai dasar makanan yang mencukupi

Dasar ini dibincangkan sekali lagi di dalam rancangan dialog terbitan RTM dengan bersemukan dengan Meteri Pertanaian Malaysia kini Dato Mustafa Muhammad . Beliau menyatakan dasar sebelum ini tidak manambahkan kawasan tanaman padi kerana lebih banyak padi ditanam lebih banyak subsidi terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan.

Matlamat
  • Mengecilkan jurang import dan eksport makanan
  • Membangunkan teknologi dan aplikasi seperti padi hibrid
  • Mengurus dan membangunkan tanah terbiar secara bersepadu dengan tanaman yang ada nilai pasaran
  • Menjadikan FAMA lebih berperanan
  • Menambah pendapatan petani, penternak dan nelayan

Wednesday, February 18, 2009

Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992)

Di antara perkara-perkara yang diberi penekanan ialah:

  • Pengisytiharaan Hutan Simpanan Kekal
  • Perundangan Hutan
  • Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
  • Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan

Tuesday, February 03, 2009

Dasar Filem Negara

Dasar ini telah disebut oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak ketika merasmikan Studio digital FINAS Ulu Kelang pada 2 Feb 2009


  • menjana kemajuan industri filem ke persada dunia secara berterusan melaksanakan pelbagai program pembangunan industri termasuk menyediakan pembiayaan modal, skim latihan, promosi dan pemasaran, penyelidikan serta pembangunan
  • mengurangkan kebergantungan penerbit filem kita untuk melakukan kerja-kerja pasca produksi di luar negara
  • merancakkan lagi penerbitan filem tempatan yang berkualiti selain mampu menjimatkan kos penerbitan sesebuah filem.
  • memastikan keperluan dan kehendak teknologi dan daya kreativiti dalam dipenuhi sejajar dengan perubahan masa
  • membawa industri seni kreatif negara, terutama pencapaian industri filem Malaysia ke tahap lebih berjaya dan cemerlang di dalam dan luar negara.
  • mensasarkan Malaysia sebagai destinasi perfileman yang baik, yang memiliki kepelbagaian lokasi yang sesuai untuk pelbagai bentuk filem
  • memantapkan penghasilan filem-filem tempatan, tetapi lebih dari itu ia kini berupaya untuk meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi ‘post production’ terbaik di rantau ini

- Saya tidak sempat mencatatkan butirannya. InsyaAllah saya akan cuba mendapatkan segera

elcom98@hotmail.com

    Wednesday, September 10, 2008

    Dasar Pertanian Negara (DPN)

    DPN telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 oleh Datuk Musa Hitam selaku pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara

    Matlamat :

    • memaksimumkan pendapatan sektor pertanian serta pendapatan pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran dan meningkatkan hasil dan mutu komoditi eksport
    • Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;
    • Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk;
      Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;
    • Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan
      Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan

    Tuesday, August 12, 2008

    Dasar Ekonomi Baru







    • Tun Haji Abdul Razak

    • Dicetuskan oleh Tun Abdul Razak

    • Keperluan lebih dirasakan apabila tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei
    • Umumnya berpendapat bahawa peristiwa sedemikian dapat dielakkan sekiranya kita berusaha


      • Merapatkan jurang ekonomi
      • meningkatkan pendapatan perkapita setiap kaum
      • membasmi kemiskinan
      • menyusun semula masyarakat
      • melebarkan dan meluaskan peluang setiap kaum dalam ekonomi dan pentadbiran

    Tuesday, August 05, 2008

    Dasar Automotif Nasional

    1. Matlamat Dasar Automatif Negara
      • Menjadikan Malaysia sebagai Hub automatif serantau
      • Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik
      • Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat ganti ke pasaran antarabangsa
      • Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam sektor automotif tempatan
      • Untuk memelihara kepentingan pengguna dari segi nilai wang keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan
    2. Insentif
    3. Mengezetkan nilai kereta import yang memasuki pasaran tempatan
    4. Duti import CEPT ASEAN dikurangkan 5% untuk meningkatkan intergrasi diperingkat ASEAN
    5. Menyediakan Geran Penyesuaian Industri kepada Syarikat Automatif Tempatan, Luar Negara mahupu Syarikat Usahasama
    6. AP (Approved Permits) akan dihapuskan menjelang 31 Dis 2010 secara beransur-ansur
    7. Kenderaan import terpakai akan dihapuskan menjelang 2010



    Dasar ini menjadi isu isu nasional sebab Naza diberi banyak kelebihan selain Proton dan Perodua

    Dasar Tenaga Nasional

    1. Masih dirangka
    2. Dirasakan amat penting menentukan hala tuju negara dalam penggunaan tenaga masa kini dan masa depan
    3. Krisis Minyak 2008 mengingatkan kita betapa perlunya negara bersedia merancang dan melaksanakan secara bersungguh mencari dan menggantikan tenaga baru dan menggurangkan perngantungan kepada minyak.
    4. Diharap dapat mengambil kira tentang penggunaan tenaga alternatif yang lebih kompatitif , mesra alam dan berdaya maju
    5. Tenaga baru yang sering disebut-sebut ialah
      • tenaga solar
      • tenaga biodisel
      • tenaga nuklear

    Kita tunggu dan lihat

    20 Oktober 2008

    Suatu kenyataan Media TV3 telah dibuat oleh CEO TNB Malaysia bahawa dijangka negara akan menghadapi krisis tenaga menjelang 2012. Sehingga kini katanya negara masih belum mempunyai Dasar Tenaga.

    4 Mei 2010

    Negara diumumkan akan memiliki loji nuklearnya sendiri menjelang 2021.

    Dasar Pandang Ke Timur

    1. Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir
    2. Objektif
      • Rakyat Malaysia diminta untuk menjadikan Negara Jepun dan Korea Selatan sebagai model yang perlu dicontohi. Apalagi kedua-dua negara tersebut mempunyai hubungan dagangan dan diplomatik yang erat dengan Malaysia.
    3. Antara program yang telah dilaksanakan di bawah dasar ini
      • Dasar penswastaan
      • Menghantar lebih ramai pelajar dan pensyarah melanjutkan pelajaran di Jepun dan Korea
      • Mencontohi industri berat dan menjalinkan usahasama dengan syarikat Jepun dan Korea
      • Penggunaan kad perakam waktu
      • Budaya kerja sihat dan kerja kuat.

    Tuesday, December 06, 2005

    Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK)

    Objektif:

    1. Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956)
    2. Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta Pelajaran - 1961)
    3. Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang, bersatu dan berdisplin
    4. Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa
    5. Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa

    Friday, November 18, 2005

    Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

    1. Sambungan Dasar Ekokonomi Baru (DEB). Diperkenalkan oleh pentdbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
    2. Fokus:
      1. Membasmi golongan miskin
      2. Menyusun semula masyarakat
    3. Objektif:
      1. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
      2. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi
    4. Program:
      1. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
      2. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
      3. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
      4. Menerapkan nilia sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar
      5. Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan

    Dasar Sains dan Teknologi

    1. Dasar ini diumumkan pada bulan april 1986
    2. Matlamat
      Membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan dapat bersaing dengan negara-negara lain.
    3. Strategi
      1. Pengkomputeran sektor perindustiran
      2. Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sains
      3. Menggalakkan pemindahan teknologi antara sektor dengan lebih agresif
      4. Menggalakkan peranan sektor awam dan swasta dalam penggunaan sains dan teknologi yang terkini
      5. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk merintis jalan ke arah penemuan dan penyelidikan terkini dalam sains dan teknologi
      6. Menubuhkan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi

    Dasar Bersih Cekap Amanah (BCA)

    Objektif

    1. Memberi nafas baru kepada sektor perkhidmatan awam, terutama dalam aspek etika dan sikap kerja dalam usaha meningkatkan daya pengeluaran dan mutu kerja.

    Bersih

    1. Berkecuali
    2. Tidak mementingkan diri
    3. Mempunyai moral yang tinggi
    4. Tidak mempunyai niat hasad dengki

    Cekap

    1. Berani membuat keputusan
    2. Kualiti kerja
    3. Tegas
    4. Mempunyai matlamat dan visi
    5. Harus mempunyai tenaga yang kuat dan sihat
    6. Mempunyai keyakinan diri
    7. Berpengetahuan luas dalam bidang tersebut
    8. Berpengalaman

    Amanah

    1. Gigih
    2. Sifat jujur
    3. Tidak berkira
    4. Sifat luhur dan murni

    Wawasan 2020

    Diperkenalkan diakhir era pentadbiran Tun D. Mahathir Mohamad

    Dasar yang menjadi rujukan untuk menjadikan Malaysia maju menjelang 2020 dengan gaya dan acuan sendiri. Dasar ini dirangka agar Malaysia menjadi negara yang setanding dengan negara membangun lain di dunia dengan mengekalkan identiti, etika dan nilai ketimuran

    Cabaran Wawasan 2020

    9 cabaran:
    1. Melahirkan masyarakat yang makmur dari segi ekonomi dan mempunyai daya saing dengan negara-negara maju yang lain.
    2. Melahirkan masyarakat penyayang dan mengamalkan budaya penyayang
    3. Melahirkan masyarakat yang progresif, saintifik, maju dan perpandangan jauh seta dapat melahirkan tamadun yang berasaskan sains dan teknologi
    4. Melahirakan masyarakat yang bertolak ansur, liberal dan bebas serta dapat mengamalkan adat, budaya dan agama masing-masing
    5. Mewujudkan "A United Malaysia" dengan acuan tersendiri dan mempunyai matlamat bersama
    6. Melahirkan masyarakat yang adil dan makmur melalui pengagihan kekayaan negara tanpa mengira kaum
    7. Melahirkan masyarakat yang bermoral, beretika, berpegang teguh kepada nilai-nilai agama dan kerohanian.
    8. Membangunkan masyarakat yang demokratik, matang serta mempunyai satu persefahaman untuk kebaikan dan kemakmuran negara,
    9. Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, maju dan tenteram serta mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri serta tabah menghadapi masalah dan bangga dengan kejayaan sendiri

    Kepimpinan Melalui Teladan

    Pelancaran

    1. Tun Dr. Mahathir Mohamad
    2. pada 19 Mac 1983

    Objektif:

    1. untuk menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi , dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat
    2. untuk menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya masyarakat amnya
    3. untuk mengubah sikap bagi mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja serta daya pengeluaran negara

    Sifat Positif sebagai teladan

    1. kesederhanaan dalam tindakan dan tuturkata
    2. wawasan dan strategi yang jelas
    3. berakhlak tinggi
    4. bersih hati, fikiran dan tindak tanduk
    5. sentiasa memperbaiki diri dan membangunkan diri sendiri
    6. berhemah tinggi berwibawa dan tegas dalam melaksanakan tugas

    Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

    Objektif
    1. Mendisplinkan diri
    2. Menjalankan kerja dengan amanah
    3. memberikan perkhidmatan bermutu
    4. Menghormati kebaikan dan membenci kejahatan
    5. Menanamkan semangat cinta nilai-nilai Islam
    6. Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab

    Strategi

    1. Rakan Muda
    2. Masyarakat Penyayang
    3. Kod Etika Kumpulan Perniagaan dan Profesional

    Dasar Kebudayaan Kebangsaan

    Objektif
    1. Untuk membentuk , mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik
    2. Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebuadayaan

    Prinsip utama

    1. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama
    2. Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukkan kebudayaan kebangsaan
    3. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan

    Islam Hadhari

    Konsep Islam Hadari diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam perhimpunan Agung UMNO ke 55 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September 2004.

    Prinsip Islam Hadhari

    10 prinsip:

    1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
    2. Kerajaan adil dan beramanah
    3. Rakyat berjiwa merdeka
    4. Penguasaan ilmu pengetahuan
    5. Pembangunan ekonimi seimbang dan komprehensif
    6. Kehidupan berkualiti
    7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
    8. Keutuhah budaya dan moral
    9. Pelihara alam semula jadi
    10. Kekuatan pertahanan